转载自马大学生代表:
Isu Yuran Pengambilan Baru Sesi 2013/2014:
Saya telah pun menghubungi sendiri pihak Bendahari untuk mendapatkan kepastian mengenai hal ini. Menurut Puan Nur Afida Binti Idris, Bendahari UM; pelajar baru MASIH BOLEH MENDAFTAR sekiranya tidak menjelaskan Yuran Kemasukan tersebut kerana yuran tersebut akan dicaj kedalam akaun pelajar. Keadaan ini membenarkan pelajar menjelaskan yuran tersebut sepanjang tempoh semester pertama iaitu sebelum peperiksaan akhir semester sementara berurusan untuk memohon bantuan pinjaman/biasiswa. Yuran Minggu Haluansiswa adalah termasuk dengan Yuran Kemasukan. Walaubagaimanapun pelajar amat digalakkan untuk menjelaskannya sebelum MHS sekiranya tiada masalah dan berkemampuan.