|
发表于 19-3-2009 03:32 PM
|
显示全部楼层
回复 1# quickbooks 的帖子
我们古晋是个最美的地方,世界都有那过很多奖...如
DBKU MENANGI ANUGERAH BANDARAYA LESTARI ASEAN DI HANOI, VIETNAM
HANOI , VIETNAM, 9 Oktober 2008 (Khamis) -Dewan Bandaraya Kuching Utara sekali lagi melakar sejarah apabila memenangi Anugerah Bandaraya Lestari (‘Environmentally Sustainable’) peringkat ASEAN. Majlis penganugerahan tersebut tealah berlangsung pada 8 Oktober 2008 di Hanoi, Vietnam seiring dengan Mesyuarat Informal Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN. Anugerah tersebut telah dipersembahkan oleh Yang Terutama Encik Pham Koi Nguyen, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Vietnam kepada Datuk Bandar DBKU, Mohd Atei bin Abg Medaan. Turut sama hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datuk Douglas Ugah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.
Anugerah tersebut yang diberikan 10 bandaraya terbaik adalah untuk menghargai bandaraya-bandaraya di dalam ASEAN yang telah menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bandaraya masing-masing adalah lestari atau mampan dari segi alam sekitar dengan melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar, Dewan Bandaraya Kuching Utara yang baru sahaja memenangi Anugerah Bandaraya Lestari peringkat kebangsaan pada bulan Jun yang lepas telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap usaha-usaha ke arah bandaraya lestari (‘sustainable city’). Program-program tersebut termasuklah Pengurusan Sisa-Sisa Pepejal Bersepadu, Kitarsemula, Pembersihan Bandaraya, Penanaman Pokok, Pembersihan Sungai, Mitigasi Trafik dan sebagainya.
Didalam wawancara oleh media tempatan di Hanoi, Datuk Bandar Abg Atei menekankan pentingnya penglibatan pihak awam bagi menjayakan dan memastikan kelestarian alam sekitar. Ini boleh dicapai dengan peningkatan kesedaran melalui program pendidikan, penglibatan media, projek komuniti dan program di sekolah. Tindakan penguatkuasaan perlu juga dibuat seiringan. |
|