注册 登录
佳礼资讯网 返回首页

pbw2775的个人空间 https://cn1.cari.com.my/?1517891 [收藏] [复制] [分享] [RSS]

日志

TNB rayu penduduk tidak halang CAR

已有 453 次阅读27-3-2010 04:03 PM |个人分类:Catitan|

Tenaga Nasional Bhd (TNB) merayu penduduk Kampung Sungai Terentang di Selangor membenarkan pihaknya melakukan kerja ukur sukat di kampung itu bagi meneruskan Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR).

Ke
tua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib berkata projek CAR sangat kritikal dan perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat bagi memperkukuh sistem bekalan elektrik supaya kejadian terputus bekalan elektrik dapat dielakkan.


"TNB sudah beberapa kali mengesan insiden bekalan elektrik hampir terputus, namun masih dapat dibendung," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis taklimat Tanggungjawab Sosial Korporat TNB, di Sekolah Kampong Gelam, Port Dickson, sempena Majlis Pemungkiman TNB Media 2010.

Projek CAR adalah antara langkah susulan bagi mengelak berulangnya kejadian gangguan bekalan elektrik pada 13 Januari 2005 yang membabitkan Kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung Malaysia.

Kerja
yang perlu dilaksanakan termasuk menentukan sempadan rentis, penandaan lokasi menara dan pengesahan rumah atau struktur bangunan yang terbabit dengan lokasi menara monopole.

Penduduk sebelum ini menyuarakan kebimbangan bahawa rumah mereka akan dirobohkan bagi membina menara berkenaan yang sekali gus menyebabkan kampung itu terbahagi dua.

Che Khalid berkata, pasukan kejuruteraan TNB masih tidak dibenarkan memasuki kampung itu bagi melakukan kerja berkenaan yang terbelangkai hampir tiga tahun.

"Kami memberi jaminan bahawa TNB, sebagai syarikat berkaitan kerajaan yang bertanggungjawab, akan menimumkan pengambilalihan tanah di kawasan berkenaan untuk projek terbabit," katanya.

Beliau berkata, Jumaat lalu TNB telah mengadakan mesyuarat bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Khalid Ibrahim, dan tiga wakil rakyat negeri itu.

Che Khalib berkata, Menteri Besar mencadangkan supaya jalan keluar terbaik dicari bagi meneruskan pembinaan menara tersebut.

Projek ini siap 98 peratus, iaitu sepanjang 59 kilometer (km) kecuali 1km di Kambung Sungai Terentang, membabitkan pembinaan lima menara monopole.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan bekalan di Lembah Klang.

TNB bakal memberi pampasan sebanyak RM10.4 juta seperti yang diputuskan oleh pihak berkuasa Selangor.

Beliau berkata, TNB akan membina kemudahan awam seperti perpustakaan serta menjadikan sekolah di kawasan itu sebagai sekolah pintar.

"Projek itu dijangka siap pada akhir 2010 sekiranya dapat diteruskan seperti yang dirancang," katanya.

TNB rayu penduduk tidak halang CAR

评论 (0 个评论)

facelist doodle 涂鸦板

您需要登录后才可以评论 登录 | 注册


ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 14-5-2024 12:27 PM , Processed in 0.026396 second(s), 19 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

返回顶部