注册 登录
佳礼资讯网 返回首页

pbw2775的个人空间 https://cn1.cari.com.my/?1517891 [收藏] [复制] [分享] [RSS]

日志

Lebih 23,000 pokok ditanam

已有 452 次阅读27-3-2010 04:01 PM |个人分类:Catitan

Bagi menjadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai bandar dalam taman dan dipenuhi kehijauan, sebanyak 23,810 batang pokok pelbagai spesis akan ditanam di sekitar kawasan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, sebanyak 44 spesis pokok jenis teduhan seperti pulai, tembusu, penaga lilin, jelutong, bunga tanjung dan cempaka putih akan ditanam di kawasan terpilih.

"Penanaman pokok akan dijalankan secara berperingkat dengan 12,060 batang akan ditanam di dalam 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, 10,000 batang di Putrajaya dan 1,750 batang di Labuan," katanya semasa melancarkan Program Penanaman Pokok Wilayah Pesekutuan, di Kuala Lumpur hari ini.

Raja Nong Chik berkata, langkah menghijaukan alam sekitar akan membolehkan pelancong menyaksikan keindahan hutan dan pokok yang terdapat di negara ini.

"Malaysia adalah sebuah negara yang diselubungi hutan tropika, ini adalah identiti kita, dan apabila orang bercakap tentang Malaysia, orang tentu terbayang mengenai kehijauannya," katanya.

Beliau berkata, usaha menamam pokok semakin perlu apabila laporan menyebut antara tahun 1990 hingga 2005, dianggarkan sebanyak 1.5 juta hektar atau 6.6 peratus kawasan hutan di negara ini telah ditebang dan diteroka, dengan kadar penebangan pokok empat kali melebihi kadar kelestariannya.

- Bernama

评论 (0 个评论)

facelist doodle 涂鸦板

您需要登录后才可以评论 登录 | 注册

ADVERTISEMENT

版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 14-5-2024 04:23 PM , Processed in 0.026903 second(s), 19 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

返回顶部