注册 登录
佳礼资讯网 返回首页

pbw2775的个人空间 https://cn1.cari.com.my/?1517891 [收藏] [复制] [分享] [RSS]

日志

Tentera pula mahu kenaikan, pelarasan gaji

已有 480 次阅读27-3-2010 03:59 PM |个人分类:Catitan

Kementerian Pertahanan akan mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam waktu terdekat untuk menimbangkan kenaikan dan pelarasan gaji bagi anggota tentera.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata rayuan itu selaras kenaikan dan pelarasan gaji anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan Najib baru-baru ini.

'Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM yang memperoleh pelarasan gaji yang baru.

''Ini memudahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon kenaikan yang sama dalam waktu terdekat,'' kata beliau selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi di bandar tentera darat, Port Dickson hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan semasa di bawah pentadbiran Najib pernah menghantar cadangan bagi kenaikan dan penyelarasan gaji anggota dan pegawai tentera kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Bila waktu yang sesuai, kita akan kemukakan semula kertas cadangan berkenaan dan tentulah bila ekonomi negara sudah pulih dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, kita boleh memperolehinya," katanya kepada Bernama.

Malaysia mempunyai lebih 120,000 anggota tentera pelbagai pangkat yang berkhidmat dengan pasukan ATM seluruh negara.

Khamis lalu, sempena Hari Polis ke-203, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan anggota polis berpangkat konstabel akan dinaikkan kepada lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat manakala mereka yang berpangkat lans koperal pula dinaikkan kepada koperal selepas lima tahun berkhidmat.

Selain itu, elaun RM200 juga akan diberikan kepada 33,000 anggota tugas-tugas am yang akan membabitkan kerajaan RM84 juta setiap tahun.

Mengenai perkembangan kes kemalangan pesawat Pilatus PC-7 MK 11 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang terhempas di Sintok kelmarin semasa latihan dan mengorbankan juruterbangnya, beliau menafikan andaian bahawa kemalangan berpunca daripada masalah penyelenggaraan pesawat.

评论 (0 个评论)

facelist doodle 涂鸦板

您需要登录后才可以评论 登录 | 注册


ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 14-5-2024 03:56 PM , Processed in 0.025654 second(s), 19 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

返回顶部