注册 登录
佳礼资讯网 返回首页

pbw2775的个人空间 https://cn1.cari.com.my/?1517891 [收藏] [复制] [分享] [RSS]

日志

pompuan melecur kena sambar air di stesen minyak di KUANTAN!!

已有 483 次阅读16-12-2009 10:51 AM

 
Wanita melecur disambar api di stesen minyak

SHAHRULANOOR ISHAK


ANGGOTA bomba membantu Noraini yang melecur akibat disambar api
di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah di Kuantan, semalam.

KUANTAN - Seorang wanita hamil empat bulan, Noraini A. Malik, 26, melecur di beberapa bahagian badan apabila kereta yang mahu diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah dekat Bandar Indera Mahkota di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.10 pagi, Noraini melecur di tangan kiri, kaki kiri dan terbakar sebahagian rambutnya apabila api tiba-tiba membakar kereta Perodua Myvi milik suaminya.

Suami mangsa, Faizal Hassan, 32, berkata, kebakaran itu berlaku sebelum dia sempat mengisi minyak dan api didakwa datang secara tiba-tiba dari bahagian bawah keretanya sebelum menyambar isterinya melalui tingkap kereta yang dibuka.

"Saya tak tahu punca api dan bagaimana boleh berlaku. Saya tak gunakan telefon bimbit (semasa mengisi minyak), enjin kereta pun sudah dimatikan.

"Semasa itu, isteri saya yang mengandung anak sulung di tempat duduk pemandu dan kakak ipar saya di tempat duduk belakang," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.
Dalam kejadian itu, Faizal dan kakak iparnya tidak cedera.




nak isi minyak kena hati2 sekarang ni... tak guna hp ke.. mati kan enjin ke... still denjeres lagik... apa2 yg ada konneksyen ngan minyak mmg denjeres mate!!!

评论 (0 个评论)

facelist doodle 涂鸦板

您需要登录后才可以评论 登录 | 注册


ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 15-5-2024 03:47 AM , Processed in 0.028832 second(s), 18 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

返回顶部