Pendakwaan belum bersedia, Najib diberi DNAA kes SRC RM27 juta
Najib Razak hari ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur K Muniandy membenarkan permohonan yang dikemukakan bekas perdana menteri itu pagi ini. Hakim menjelaskan bahawa kes berkenaan berlanjutan begitu lama sejak 2019, manakala pihak pendakwaan dianggap tidak bersedia memulakan perbicaraan kes itu dalam masa terdekat.Oleh itu katanya, ia adalah zalim dan tidak sah membiarkan pertuduhan tergantung untuk tempoh yang tidak menentu.