“Mahathir buat satu surat kepada saya. Tapi dah diedar beratus ribu salinannya kepada semua orang. Tentera-tentera, polis, orang-orang kebanyakkan ni… diedarkan. Dia maki saya dalam surat itu dengan berbagai-bagai perkataan.”
“Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu. Dibenci oleh pegawai-pegawai kerajaan. Dibenci oleh askar Melayu. Dibenci oleh polis dan sebagainya. Di situ nampaknya, caranya, tujuannya nak bagi orang semua-semua benci kepada saya, buang saya, ubahkan pemerintahan Malaya ini.”
“Dia kata saya ni pro-Cina. Saya berjuang begitu lama dan susah payah, adakah nak angkatkan Cina saja. Ini semua untuk nak bagi tempat dalam kalangan orang Melayu. Itulah tujuan perjuangan saya ini. Dia kata saya pro-Cina, saya buat itu ini bagi Cina, macam-macamlah dia kata. Jadi, tunjuk di situ khianatnya.”