https://www.malaysiakini.com/news/675693

Ada pihak cuba gugat kestabilan k'jaan N Sembilan - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam bertitah terdapat pihak cuba menggugat kestabilan kerajaan pada penggal lepas tanpa sebarang sebab yang munasabah sebaliknya hanya bermotifkan kepentingan peribadi. “Sedarlah bahawa tindakan seperti ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan malah ia menyebabkan pentadbiran negeri terjejas dan rakyat menjadi mangsa. “Beta mengingatkan semua wakil rakyat yang telah dipilih bahawa kamu telah diamanahkan oleh rakyat untuk menyuarakan segala permasalahan serta keperluan mereka dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar atau keputusan. “Justeru, fokus dan keutamaan kamu adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan untuk rakyat negeri ini,” titah baginda.
看来是提前警告umno顺便警告国盟, 别搞搞震 走后门! 
|