佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 725|回复: 1

开车有撞倒过灯柱的都知道没150k这么贵

[复制链接]
发表于 12-6-2022 06:38 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/06/963401/scib-dapat-kontrak-rm3075-juta-ganti-tiang-lampu






SCIB dapat kontrak RM30.75 juta ganti tiang lampu               Jun 7, 2022 @ 5:31pm            


Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB)


KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd.
Pengeluar produk pembinaan dan konkrit itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak itu membabitkan penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Perkhidmatan kejuruteraan projek untuk penggantian tiang lampu pintar bersepadu DBKL dijangka bermula pada Jun 2022 dan berakhir pada Mei 2023.
"Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan SCIB Group kerana sebarang keuntungan yang boleh diagihkan kepada kumpulan akan direalisasikan secara berperingkat sepanjang tempoh dan kemajuan kontrak," katanya.
Disyorkan Untuk Anda







Kontrak itu tidak akan menjejaskan modal saham terbitan dan pemegangan saham pemegang saham utama ataupun aset bersih SCIB dan kumpulan syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.
Kontrak itu tertakluk kepada risiko perniagaan biasa seperti kenaikan kos bahan, ketersediaan tenaga kerja mahir, terma kontrak termasuk peruntukan mungkir, prestasi subkontraktor dan kesihatan selain keselamatan terhadap prosedur operasi standard.
"Bagaimanapun, SCIB akan melaksanakan langkah-langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan risiko yang dijangkakan," tambahnya.
-BERNAMA



回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 12-6-2022 07:23 PM | 显示全部楼层
这个价钱是要帮助教徒,给教徒赚,制造就业机会给教徒。
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 23-4-2024 02:44 PM , Processed in 0.057370 second(s), 23 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表