Semua pengendali makanan adalah diwajibkan untuk menjalani Suntikan Anti Thypoid. Oleh itu Majlis Bandaraya Ipoh ada menyediakan perkhidmatan suntikan ini pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Perkhidmatan ini juga bergantung kepada bekalan ubat yang ada pada satu-satu masa.
Bagi sesiapa yang perlu mendapatkan perkhidmatan ini di MBI sila bawa bersama kad pengenalan dan bayaran RM35.00 (warganegara) atau RM60.00 (Bukan Warganegara) dikenakan bagi setiap suntikan.
Selain Majlis Bandaraya Ipoh, beberapa klinik kerajaan lain sekitar Ipoh juga ada menyediakan perkhidmatan ini.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 05-2083298 / 05-2083297.
Senarai klinik kerajaan yang menyediakan perkhidamatan Suntikan Anti Thypoid sekitar Ipoh adalah seperti berikut:
Bil | Nama Klinik | No Telefon | Hari | Masa |
1 | Klinik Kesihatan Chemor | 05-2011355 | Selasa - Khamis | 2.30 pm – 4.30 pm |
2 | Klinik Kesihatan Manjoi | 05-5263220 | Selasa - Khamis | 2.30 pm – 4.30 pm |
3 | Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan | 05-5331355 | Selasa - Khamis | 2.30 pm – 4.30 pm |
4 | Klinik Kesihatan Jelapang | 05-5269044 | Selasa - Khamis | 2.30 pm – 4.30 pm |