2016年财政预算案出炉了~明年将会有312亿令吉的拨款用于提升国内治安和国防。
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Sebanyak RM31.2 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2016 bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara, termasuk melengkapkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan penggunaan 'Unmanned Airborne System’. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penggunaan teknologi terkini itu adalah bagi meningkatkan keupayaan ‘Risikan, Pemantauan dan Peninjauan’ agensi di bawah Kementerian Pertahanan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan bagi kementerian itu berjumlah keseluruhan RM17.3 bilion turut merangkumi pemerolehan enam kapal Littoral Combatant Ship, sistem persenjataan 'Very Short Range Air Defence, kereta berperisai dan pesawat Airbus A-400M. “Sebanyak RM523 juta pula diperuntukkan bagi pembangunan kem tentera darat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat, hari ini. Perdana Menteri berkata, bagi mengenang khidmat anggota ATM, 4,000 unit kuarters akan dibina dengan peruntukan RM160 juta, selain 2,000 unit lagi rumah mampu milik dirancang dibina bermula tahun hadapan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Dalam pada itu, bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Najib berkata, sebanyak RM864 juta disediakan bertujuan antaranya bagi perolehan 'Offshore Patrol Vessel' dan kapal peronda. Selain itu, bagi mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dalam negara, beliau berkata sejumlah RM13.1 bilion disediakan. Ini termasuk RM155 juta bagi pembinaan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu di Lawas, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah serta 10 buah IPD dan lima balai polis yang masih dalam pembinaan. “Sukacita saya umumkan, penambahan 500 Rondaan Bermotosikal PDRM (Polis Diraja Malaysia), 500 kereta peronda dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM35 juta,” katanya. Najib berkata, tambahan 2,000 unit rumah mampu milik bagi anggota PDRM, turut dirancang dibina di Rawang, Selangor dan kawasan-kawasan lain yang dikenal pasti. Selain itu, katanya, sebanyak RM36juta disediakan bagi membina pejabat dan kuarters serta menaik taraf depoh tahanan Imigresen; RM50 juta bagi meningkatkan langkah keselamatan penjara dan RM20 juta bagi Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam, antaranya melalui pengasingan laluan pejalan kaki dan pencahayaan di kawasan itu. - Bernama
2016年财政预算案出炉了~明年将会有312亿令吉的拨款用于提升国内治安和国防,包括采购无人机系统、6艘LCS战舰、极短程防空飞弹系统、装甲车以及A-400M运输机。
|