Ibu pejabat SUPP dilanda ‘krisis’ terbakar awal pagi December 13, 2011KUCHING, 13 Dis — Ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, komponen Barisan Nasional (BN) yang berlanda krisis pemilihan dan menerima presiden baru kelmarin, terbakar awal pagi ini, demikian menurut laporan media.
Kejadian itu menyebabkan bilik mesyuarat parti itu mengalami kerosakan teruk.
Laporan Star Online menyebut saksi telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat sekitar 3.15 pagi tadi.
Bekas setiausaha agung parti itu dipetik laporan media berkata, beliau percaya kebakaran itu bukan terjadi secara kebetulan, tetapi beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.