Hospital Alor Setar yang memulakan operasinya pada tahun 1920-an. Bangunan asal yang mempunyai satu blok bangunan 2 tingkat. Kini Hospital Alor Setar mempunyai penambahan bangunan baru untuk menampung jumlah perkhidmatan yang semakin meningkat.
Kelihatan orang ramai menyaksikan Replika Mahkota Ratu Elizabeth di sekitar tahun 1950an. Kini, pemandangan Masjid Zahir berwajah baru dengan di kelilingi bangunan-bangunan baru.
Deretan kedai-kedai yang terdapat di Pekan Melayu dan Pekan Cina yang merupakan bangunan awal dibina di Alor Setar. Telah mula dibina pada abad ke-18. Kini suasana Pekan Melayu dan Pekan Cina telah berubah dengan suasana jalan raya yang semakin sibuk oleh kenderaan-kenderaan moden.