Dimaklumkan anda tidak ditawarkan pembiayaan pendidikan PTPTN berasaskan kaedah Ujrah bagi menggantikan pinjaman pendidikan sedia ada untuk kelompok ini. Pertukaran ini akan dilakukan secara berperingkat dan sebarang maklumat terkini berhubung pertukaran ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Untuk makluman semua peminjam, PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Sehubungan dengan itu bagi melancarkan proses penawaran tersebut peminjam dikehendaki mengemaskini maklumat yang diperlukan didalam laman web kemaskini Ujrah (klik di sini). Jadual untuk mengemaskini maklumat penawaran pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) dapat dirujuk di sini. Carta alir proses penawaran pembiayaan pendidikan / ujrah boleh didapati di sini.