本帖最后由 沉睡的巨龙 于 29-10-2011 03:27 PM 编辑
Panas: Rakyat Malaysia Di Perth, Sambut PM Najib Dengan Himpunan Bersih 2.0 Sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel 'CHOGM'
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima tamparan hebat apabila sekumpulan rakyat negara kita dan penduduk tempatan Australia mengadakan Perhimpunan Bersih 2.0 sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini. Mereka membawa kain rentang gergasi yang tertera perkataan "Full Fill The 8 Demands First Before 13th General Election" dan "Malaysia Rally For Free & Fair Elections", disamping lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0. Tindakan mereka mengejutkan ramai pihak, kerana ketika ini hampir semua Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel sedang berada di Perth untuk Mesyuarat CHOGM. Najib yang tiba bersama isterinya Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Rabu lalu dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dan Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari. Beliau telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard dan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa pada Khamis (semalam). Semasa di sini beliau juga turut dijadual mempengerusikan sesi mengenai Peluang Perniagaan dan Pelaburan di Malaysia serta menyertai Rundingan Meja Bulat Perdana Menteri Australia bersama Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel dan tokoh perniagaan. Pada Ahad ini, Najib dijangka mengadakan Majlis Barbeku (BBQ) untuk rakyat Malaysia sebelum kembali ke tanah air. Najib mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan. CHOGM 2011 bertemakan "Membangunkan Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global," telah dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, pada Jumaat (28 Okt).

[size=85%]Kumpulan rakyat Malaysia di Perth Australia yang mengadakan perhimpunan
Bersih 2.o mendesak kerajaan memulihkan pilihanraya sebelum PRU-13
[Nampaknya Najib semakin hari semakin popular sekarang ini. Rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pandangan mereka. Ke mana saja Najib pergi, beliau pasti akan disambut dengan hamparan kuning selepas ini. Paling menarik, Himpunan Bersih 2.0 di Perth Australia ini berjalan secara aman tanpa ada sebarang provokasi oleh pihak polis. Najib tidak "bisa" lagi untuk mengarahkan pihak FRU untuk menyerang dan menyimbah asid atau pun gas pemedih mata kepada rakyat di sana. Mereka benar-benar demokrasi walau pun sama-sama berada dalam Negara Komenwal seperti Malaysia. Anehnya, di Malaysia lain pula amalan demokrasi yang diamalkan. Kebebasan rakyat disekat dengan berbagai akta dan undang-undang yang menguntungkan pemerintah. Makanya, rakyat terus bangkit untuk membuat perubahan besar dalam Pilihanraya Umum ke-13. Semoga suara rakyat akan didengari oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan kuasa untuk bertindak sewenangnya kepada rakyat. Perubahan harus dilakukan demi masa depan generasi akan datang].
|