|
发表于 15-12-2009 10:58 AM
|
显示全部楼层
给你们参考
2. Tawaran pengurangan caj pinjaman pendidikan PTPTN yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini dari tiga (3) peratus kepada satu (1) peratus adalah berkuatkuasa Jun 2008. Ingin ditekankan di sini bahawa pengurangan caj pinjaman ini perlu ditawarkan bersekali dengan tawaran pertukaran perjanjian pinjaman sedia ada kepada perjanjian pembiayaan yang memenuhi prinsip syariah di bawah kaedah "Ujrah". Urusan berkaitan penawaran "Ujrah" kepada pelajar-pelajar lama yang layak seperti yang diumumkan oleh kerajaan akan dilaksanakan secara berperingkat setelah kerja-kerja pemindahan data daripada sistem sedia ada kepada sistem baru yang sedang giat dilaksanakan selesai. Walaupun pelajar yang terlibat tidak menerima apa-apa Surat Tawaran Perjanjian yang baru dalam tempoh tersebut, ia tidak sedikit pun akan menjejaskan kelayakan yang bakal ditawarkan. Ini adalah kerana tarikh perlaksanaan dan tarikh berkuatkuasa penurunan caj adalah dua tarikh yang berbeza. Kelewatan tarikh perlaksanaan akibat kelewatan penerimaan Surat Tawaran dan Perjanjian yang baru sama sekali tidak akan menjejaskan pengiraan caj (1) peratus yang bermula dari Jun 2008.
Sebarang kelewatan Surat Tawaran dan Perjanjian " Ujrah " dikeluarkan bagi tujuan perlaksanaan dasar baru ini seharusnya dilihat secara positif oleh semua peminjam sebagai satu usaha PTPTN memastikan kesempurnaan ke atas tindakan perlaksanaan yang akan dibuat dan memastikan keadilan kepada semua peminjam yang terlibat. Seperkara yang perlu dilakukan peminjam ialah memaklumkan kepada PTPTN tentang alamat surat menyurat mereka yang terkini.
Sehingga perlaksanaan pembiayaan di bawah kaedah "Ujrah" dengan kenaan upah satu (1) peratus dilaksanakan, pengiraan bayaran balik termasuk kos pentadbiran adalah dibuat berdasarkan kepada tiga (3) peratus setahun. Dari itu, pelarasan akan dibuat mulai Jun 2008 selepas perlaksanaan "Ujrah" sebagaimana yang diumumkan Kerajaan sebelum ini.
PTPTN ingin mengambil kesempatan di sini untuk menerangkan berkenaa kiraan kos pentadbiran 3% yang dikenakan kepada peminjam mulai Januari 2004 hingga Mei 2008. Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam perjanjian, pinjaman PTPTN dikenakan kos pentadbiran 3% setahun yang dikira pada setiap bulan berdasarkan baki pokok (prinsipal) bulanan berkurangan. Kiraan kos pentadbiran bermula 6 bulan selepas tamat pengajian / tamat pinjaman sebagaimana yang telah dijadualkan. Peminjam yang telah tamat pengajian dikehendaki untuk membuat bayaran balik mengikut ansuran bulanan yang telah ditetapkan. Ansuran bulanan tersebut adalah merangkumi jumlah prinsipal dan kos pentadbiran. Secara keseluruhannya amaun kos pentadbiran akan semakin berkurang sepanjang tempoh bayaran balik pinjaman. Kos pentadbiran yang dikenakan oleh PTPTN adalah jauh lebih rendah daripada institusi kewangan yang lain dan pastinya tidak membebankan pelajar.
Jadual 1- Contoh Pengenaan Kos Pentadbiran Bagi Pinjaman Sebanyak RM15,000 Untuk Tempoh Bayaran Balik Selama 10 tahun (120 bulan)
Bulan Ansuran Bulanan Baki Prinsipal
Kos Pentadbiran Prinsipal Jumlah
1 RM37.50 RM16.65 RM54.15 RM15,000.00
13 RM36.99 RM33.41 RM70.40 RM14,797.43
25 RM35.98 RM55.53 RM91.51 RM14,391.04
37 RM34.29 RM84.68 RM118.97 RM13,715.38
49 RM31.71 RM122.95 RM154.66 RM12,685.14
61 RM27.97 RM173.09 RM201.06 RM11,189.35
120 RM0.50 RM200.56 RM201.06 RM200.56
JUMLAH RM2,939.70 RM15,000.00 RM17,939.70
**Jadual 1 menunjukkan kos pentadbiran yang semakin berkurangan sekiranya pelajar membuat bayaran secara tetap mengikut jadual yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, kadar kos pentadbiran efektif bagi sepanjang tempoh bayaran balik hanyalah 1.96 peratus setahun saja. ({Jumlah Kos/Prinsipal }/ Bilangan Tahun) |
|