本帖最后由 Jvteh 于 2-1-2015 05:10 PM 编辑
你是说这个?
Oleh Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)
SUBANG – AFJets Sdn Bhd, pengendali penerbangan carter domestik, merancang untuk memperluas perkhidmatannya ke lima lokasi di Perak pada tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amrul Nizar Anuar berkata, syarikat itu kini dalam perbincangan dengan Tourism Malaysia Perak, dan keputusan mengenainya dijangka pada Februari tahun depan.
AFJets kini mengendalikan penerbangan Tunamaya Air, yang menawarkan penerbangan khas ke Pulau Tioman dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang Skypark dengan menggunakan perhidmatan penerbangan istimewa.
Menariknya, penerbangan tersebut menggunakan pesawat Cessna Grand Caravan C2088 beroperasi tiga kali seminggu dengan kapasiti lapan penumpang setiap penerbangan dalam konfigurasi tempat duduk eksekutif.
Amrul Nizar Anuar
Amrul Nizar Anuar
“Perjalanan dari Johor ke Tioman dan Subang ke Tioman memakan masa lebih kurang sejam dan perjalan tersebut dijamin selesa daripada apa yang dijangkakan,” katanya selepas majlis perasmian Pelancaran Tunamaya Air ke Pulau Tioman dari Skypark.
Turut hadir, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Tunamaya Air merupakan kerjasama antara AFJets dan Tunamaya Beach and Spa Resort, Pulau Tioman, yang bermula pada 20 Disember 2014.
Di Perak, syarikatnya merancang untuk memulakan laluan ke destinasi tarikan pelancong termasuk Tasik Banding, Pulau Pangkor, Taiping, Pulau Belum dan Sitiawan.
Setakat ini, bagi destinasi ke Pulau Tioman, hanya terdapat 2 buah pesawat dan bercadang menambah lapan buah pesawat untuk penerbangan ke Perak.
AFJets juga sedang mengadakan perbincangan dengan Tourism Malaysia Terengganu dan Tourism Malaysia Johor bagi tujuan yang sama. |