|
|
发表于 1-3-2012 05:15 PM
|
显示全部楼层
|
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan dikeluarkan pada 7 Mac 2012. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM Result<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my/ mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan. |
|