|
|
发表于 24-9-2010 10:01 AM
|
显示全部楼层
Kawalan Akses ke Laman Web Facebook
Tuan/Puan,
Sekatan Penggunaan Facebook pada Waktu Pejabat di Agensi Kementerian Kesihatan Malaysia
Adalah dimaklumkan bahawa, pihak MAMPU telah membuat pemantauan berkaitan penggunaan Facebook di Putrajaya Campus Network. Hasil pemantauan mendapati bahawa KKM adalah pengguna paling tinggi menggunakan Facebook. Pihak MAMPU telah membuat lawatan ke KKM pada 3 September 2010. Hasil dari perbincangan tersebut, pihak MAMPU mengarahkan supaya tindakan sekatan penggunaan facebook dilakukan serta-merta di ibu pejabat dan seterusnya meluaskannya ke agensi. Penggunaan facebook hanya boleh digunakan pada waktu rehat iaitu pada jam 1 - 2 petang seterusnya jam 5 - 7 petang dan ianya mula dilaksanakan pada 23 September 2010.
Segala kesulitan adalah amatlah dikesali.
Sekian.
haihh。。。
闲掉!~ |
|