1. Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Sihat tubuh badan.
Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau
lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah)