|
发表于 16-12-2008 09:17 AM
|
显示全部楼层
UMNO也反对!
UMNO Pulau Pinang gesa batalkan I-Dance
PULAU PINANG 15 Dis. - UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan negeri membatalkan penganjuran tarian jalanan I-Dance kerana tidak membawa sebarang manfaat, malah boleh merosakkan akhlak golongan remaja.
Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kerajaan negeri sepatutnya lebih menumpukan kepada pembangunan masyarakat di negeri ini bukannya menganjurkan program sosial yang tidak berfaedah.
"Golongan remaja sepatutnya diajar dengan budaya dan sikap moral yang baik bukannya menari atas jalan.
" enganjuran acara seperti ini tidak memberi sebarang makna kepada masyarakat kerana ia sama sahaja seperti yang dilakukan di luar negara seperti di Brazil yang mana ramai rakyatnya berpakaian tidak senonoh menari di jalanan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Sekolah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) 2008 di sini hari ini.
Difahamkan, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Belia dan Sukannya menyokong acara yang dianjurkan oleh Danzity Productions itu bagi mempromosikan gaya hidup sihat untuk mengisi masa lapang golongan remaja.
Pusingan awal pertandingan itu akan diadakan di New World Park, 20 Disember ini, manakala pusingan akhir di Queensbay Mall pada 27 Disember.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Azhar menggesa ibu bapa kaum bumiputera supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak mereka menjadi insan yang sempurna.
Katanya, kelemahan utama orang Melayu adalah sikap sambil lewa yang masih kuat mempengaruhi dalam apa jua kerja yang dilakukan.
"Kalau kaum lain menjadikan pendidikan sebagai perkara wajib, tetapi kaum bumiputera pula hanya meletakkan bebanan itu di bahu guru.
"Ibu bapa sepatutnya tidak berkompromi mengenai kepentingan pendidikan, malah memberi bantuan dalam apa juga bentuk untuk kecemerlangan anak-anak," tegasnya.
Pada majlis tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Minden Height memenangi anugerah Peningkatan 5A Terbaik, SK Pasir Gebu menerima anugerah Peningkatan Peratusan 5A Terbaik, manakala SK Titi Teras, Balik Pulau menerima anugerah Sekolah Berpotensi Peningkatan UPSR.
Seramai 15,313 pelajar SK menduduki peperiksaan UPSR tahun ini dengan 1,775 daripadanya memperoleh keputusan 5A. |
|