|
查看: 13106|回复: 9
|
Good Driving License ( GDL ) 模拟考试测验题 !
[复制链接]
|
|
|
本帖最后由 项少龍 于 29-11-2019 11:23 PM 编辑
A. Undang-Undang Dan Kaedah Perlesenan
1.Lesen vokasional meliputi:
A. Lesen perkhidmatan awam(PSV)
B. Lesen pengangkutan barang-barang(GDL)
C. Lesen perkhidmatan awam(PSV),lesen pengangkutan barangan(GDL dan lesen bertindak sebagai konduktor(Konduktor)
2.Lesen vokasional termasuklah lesen-lesen berikut:
A. Lesen GDL saja
B. Lesen GDL,PSV dan konduktor
C. Lesen GDL dan PSV saja
3.Apakah yang dimaksudkan dengan lesen Vokasional:
A. GDL,PSV dan konduktor
B. PDL,PSV dan GDL
C. CDL,PSV dan konduktor
4.Berikut merupakan syarat-syarat untuk mendapatkan lesen vokasional kecuali;
A. Berumur sekurangnya 21 tahun untuk PSV atau GDL dan 18 tahun untuk konduktor
B. Memiliki lesen memandu kompeten (permohonan PSV atau GDL)
C. Bukan warganegara
5.Berapakah pembayaran untuk pembagaruan lesen vokasional/tahun:
A. RM 20.00
B. RM 30.00
C. RM 40.00
6.Berapakah tempoh masa untuk lesen vokasional diperbaharui?
A. 1 tahun sekali
B. 2 tahun sekali
C. 3 tahun sekali
7.Apakah yang dimaksudkan sebagai kenderaan 'de-controlled'?
A. Kenderaan yang telah dilesen dan didaftarkan oleh syarikat-syarikat.
B. Kenderaan yang BDM kurang dari 5000kg yang membawa barang-barang perniagaan.
C. Kenderaan yang BDM kurang dari 5000kg yang membawa barang-barang untuk sewa atau upah atau barang sendiri untuk dijual.
Jawapan: 1(C) 2(B) 3(A) 4(C) 5(A) 6(A) 7(B)
8.Untuk memandu kenderaan 'de-controlled', seseorang adalah perlu memiliki lesen :
A. GDL dan PSV
B. GDL saja
C. PSV saja
9.Kenderaan dibawah berikut merupakan kenderaan 'de-controlled'
i. Motovan
ii. Motosikal/motosilal roda tiga
iii. Lori kargo / trailer
iv. ''Pick-up''
A. i,ii dan iii. B. i,iii dan iv. C. i,ii dan iv
10.Berikut merupakan kenderaan 'de-controlled' keceuali :
A. Motovan
B. Lori trailer
C. Lori kecil / pick up
11.Adakah motovan merupakan kenderaan 'de-controlled' ?
A. Benar
B. Salah
C. Tidak berkaitan.
12.Yang manakah berikut merupakan kenderaan 'de-controlled' ?
A. Lori trailer.
B. Lori balak.
C. ' Pick-up '
13.Yang manakah di bawah berikut merupakan definasi kenderaan pengangkutan barangan kecuali :
A. Kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk kegunaan membawa barangan.
B. Kenderaan yang didaftarkan persendirian,tapi membawa 'trailer' pada bahagian belakang kenderaan.
C. Mana-mana kenderaan motor yang tidak dibina atau disesuaikan sedemikian apabila digunakan untuk membawa barangan
semata-mata atau selain daripada penumpang.
14.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'LPKP' ?
A. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
B. Lembaga Pelesenan Kenderaan Awam
C. Lembaga Pelesenan Kontraktor
Jawapan: 8(B) 9(C) 10(B) 11(A) 12(C) 13(B) 14(A)
15.Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan adalah dikawal di bawah :
A. Kementerian Pengangkutan
B. Kementerian Belia dan Sukan
C. Kementerian Pembangunan dan Usahawan
16.Kesemuaan kenderaan di bawah berikut memerlukan lesen GDL kecuali :
A. Motovan
B. Motosikal posman
C. Lori JKR
17.Yang manakah di bawah berikut merupakan kenderaan kejur kecuali :
A. Lori balak
B. Motosikal tiga roda
C. Motovan
18.Yang manakah di bawah berikut dipanggil 'Lori Hantu' ?
A. Lori yang tidak ada permit untuk mengendalikan sesuatu projek
B. JPJ tidak dapat mengesan lori tersebut
C. Lori yang tidak ada cukai jalan dan juga insuran keselamatan
19.Sesuatu projek yang menggunankan ' Lori Hantu ' di kawasan projek itu adalah tidak melanggar undang-undang
A. Benar
B. Salah
C. Tidak berkaitan
20.Puan Jamaliah telah menubuhkan sebuah syarikat ABC.
Beliau telah membeli sebuah pajero persendirian.
Apakah lesen yang perku dimilikinya ?
A. Lesen memandu kompeten (CDL)
B. Lesen memandu awam
C. GDL
21.En.Ali memiliki sebuah syarikat dan dia telah membeli sebuah pajero untuk kegunaan syarikat.Apakah lesen yang perlu dimiliki olehnya ?
A. Lesen GDL
B. Lesen CDL
C. Lesen CDL dan GDL
Jawapan : 15(C) 16(C) 17(A) 18(C) 19(A) 20(A) 21(C)
22.Ahmad merupakan seorang posman di mana beliau membawa motosikal untuk bekerja.Apakah dokumen yang perlu dimiliki olehnya ketika bekerja ?
A. Kad pengenalan, lesen CDL untuk B2
B. Kad pengenalan, lesen CDL untuk B2 dan GDL
C. Kad pengenalan, lesen CDL untuk B2 dan PSV
23. Seseorang hendak memohon lesen kelas D dan E mestilah berumur sekurangnya
A. 21 dan 17 tahun
B. 18 dan 23 tahun
C. 17 dan 21 tahun
24.Ahmad teleh memiliki lesen percubaan kelas D selama 1½ tahun,dia ingin memohon lesen kelas E dan GDL;
A. Boleh , kerana dia telah memiliki lesen D percubaan selama 1½ tahun
B. Tidak boleh,kerana dia masih memegang lesen percubaan
C. Boleh untuk memohon lesen kelas E,tetapi tidak boleh untuk memohon lesen GDL
25.Ali memiliki lesen percubaan dan membawa lori mengangkut perabot,adakah tindakan Ali ini betul di sisi undang-undang?
A. Betul sebab beliau telah memiliki lesen memandu percubaan kelas D
B. Salah,kerana pemilik lesen P tidak dibenarkan untuk memohon lesen GDL kecuali kelas C saja
C. Salah,spatutnya dia mengambil lesen kelas E sebab dia membawa lori mengangkut perabot
26.Ali telah memiliki lesen memandu percubaan selama 1½ tahun,Maka,Ali adalah layak untuk memohon lesen vokasional.
A. Benar
B. Tidak benar
C. Tidak berkaitan
27.Seseorang yang memiliki lesen kelas E2,berapakah BTM yang boleh dibawanya?
A. tidak melebihi 5000kg
B. melebihi 5000kg
C. tidak melebihi 7500kg
28.Lesen jenis apakah yang diperlukan oleh Pak Ali membawa traktor beroda di kawasan Felda di mana BTM < 5000kg dan mengangkut kelapa sawit untuk dijual ?
A. Lesen kelas F saja
B. Lesen kelas G dan GDL
C. Lesen kelas F dan GDL
29.Pemandu-pemandu di Felda Angkut mestilah mempunyai dokumen-dokumen berikut untuk membolehkan mereka memandu dengan sah ;
A. CDL keslas E dan GDL
B. CDL kelas F dan GDL
C. CDL kelas G dan GDL
30.Pilihkan kombinasi kelas lesen yang tepat ;
i. E - motorkar berat (sendi/kejur) BTM > 7500kg
ii. E1 - motorkar berat (sendi/kejur) BTM < 7500kg
iii. E2 - motorkar berat (sendi/kejur) BTM < 5000kg
iv. E2 - motorkar berat (sendi/kejur) BTM < 5000kg
A. i dan ii saja B. i,ii dan iii saja C. i,ii,iii dan iv
31.Berapakah umur untuk layak memandu kenderaan demi tujuan sewa dan upah ?
A. 18 tahun
B. 17 tahun
C. 21 tahun
Jawapan : 28(C) 29(B) 30(C) 31(C)
B. Rupabentuk pengangkutan barangan & pemeriksaan Puspakom
32.Apakah yang dimaksudkan dengan lesen pembawa 'C'?
A. Membolehkan pemandunya membawa barangan sendiri saja
B. Membolehkan pemandunya membawa barangan untuk sewa dan upah
C. Kedua-dua A dan B betul
33.Apakah yang dimaksudkan dengan permit 'pembawa A'?
A. Untuk membawa barangan untuk disewa dan upah
B. Untuk membawa barang-barang sendiri saja
C. Untuk membawa semua jenis barangan
34.Berapakah jenis lesen pembawa?
A. Permit pembawa A saja
B. Permit pembawa C saja
C. Permit pembawa A dan C saja
35.Pemeriksaan khas boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk pemeriksaan nombor casis dan nombor enjin,pemohonan menaikkan berat dengan muatan dan pemohonan menaikkan berat dengan muatan dan pemohonan tukar guna kenderaan.
A. Benar
B. Tidak benar
C. Tidak berkaitan
36.Pemeriksaan kenderaan perdagangan adalah dilakukan di tempat:
A. Jabatab Pengangkutan Jalan (JPJ)
B. Puspakom
C. Jabatan Pengangkutan Jalan dan Puspakom
37.Tempoh pemeriksaan berkala adalah:
A. 6 bulan sekali
B. 12 bulan sekali
C. 24 bulan sekali
38.Pemeriksaan awalan untuk kenderaan perdagangan dilakukan di:
A. Bahagian pemeriksaan JPJ
B. Bahagian urusetia ibu pejabat JPJ
C. Puspakom
Jawapan : 32(A) 33(A) 34(C) 35(A) 36(B) 37(A) 38(C)
39.Pemeriksaan khas kenderaan boleh dilakukan ke atas kenderaan untuk tujuan berikut kecuali :
A. Pemeriksaan nombor enjin dan nombor casis
B. Menambahkan berat dengan muatan kenderaan
C. Permohonan tukar hak milikan kenderaan
40.Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan awalan ?
A. Sebelum kenderaan dikeluarkan, ia akan diperiksa oleh pihak JPJ
B. Sebelum kenderaan dikeluarkan, ia akan diperiksa oleh pihak Puspakom
C. A dan B betul
41.Apakah tujuan pemeriksaan khas dilakukan?
i. Pemeriksaan nombor enjin dan nombor casis
ii. Menaikan berat dengan muatan
iii. Tukar guna kenderaan
A. i saja B. i dan ii saja C. i,ii dan iii
42.Di bawah berikut merupakan jenis pemeriksaan kenderaan perdagangan yang dilakukan di PUSPAKOM ;
i. Pemeriksaan awalan
ii. Pemeriksaan berkala
iii. Pemeriksaan akhiran
iv. Pemeriksaan khas
A. ii dan iv saja B. i,ii dan iv saja C. semua yang di atas
Jawapan : 39(C) 40(B) 41(C) 42(B)
C. Tanggungjawab serta akta-akta terlibat
43.Apakah tanggungjawab seseorang pemegang GDL terhadap majikan?
A. Menentukan diri sendiri sihat mental dan fizikal untuk bekerja
B. Amanah terhadap apa jua barangan yang dihantar
C. Menjadi seorang pengguna jalanraya yang sentiasa cekap,sabar dan bertimbang rasa
44.Apakah tanggungjawab seorang pemegang GDL yang akan membantu ekonomi negara terhadap masyarakat pengguna?
A. Menghantar barang dengan cepat,selamat dan ekonomik
B. Memendu dengan berhati-hati tanpa menyebabkan kemalangan di jalan raya
C. Menjadi warga yang bertanggungjawab dan bukan kutu masyarakat
45.Berikut merupakan tanggungjawab seorang pemegang GDL terhadap majikan kecuali:
A. Memegang amanah
B. Mempunyai pemeriksaan doctor yang sah
C. Membawa lebih muatan
46.Pemandu lesen vokasional bertanggungjawab terhadap pelbagai pihak,sila nyatakan pihak-pihak yang terlibat?
A. Majikan, pelangan / masyarakat pengguna
B. Pihak penguatkuasa dan kerajaan
C. Semua di atas
47.Yang manakah seksyen-seksyen di bawah berikut terlibat dengan pelesenan lesen vokasional?
A. Seksyen 26(1) APJ 1987
B. Seksyen 56(1) APJ 1987
C. Seksyen 76 APJ 1987
48.Mengikut seksyen 56(4) APJ 1987,lesen vokasional boleh digantung atau dibatalkan oleh pengarah atas sebab kelakuan jasmani.
A. Benar
B. Tidak Benar
C. Tidak berkaitan
Jawapan : 43(B) 44(A) 45(C) 46(C) 47(B) 48(A)
49.Mengikut seksyen 56(5) APJ 1987,lesen vokasional yang telah digantung atau dibatalkan boleh dirayu kepada :
A. Pengarah JPJ
B. Ketua Pengarah JPJ
C. Menteri pengangkutan
50.Kaedah kenderaan motor (pembinaan dan penggunaan)(Vehicle carrying petroleum product) 1965 adalah dibentuk untuk:
A. Memperjelaskan lagi pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi pengangkutan petroleum dan gas
B. Menjelaskan barangan yang dibawa oleh mana-mana kenderaan motor yang menggunakan jalanraya
C. Menyatakan mana-mana muatan yang dibawa terkeluar ke belakang melebihi 6 kaki dari kenderaan hendaklah mempamerkan bendera merah
51.Mengikut kaedah kenderaan motor (pembinaan dan penggunaan)(Vehicle carring petroleum product) 1965,
sebarang kenderaan membawa petroleum kelas A perlulah:
A. Perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api
B. Perlulah dilengkapi dengan penghadang api di mana kedudukan kargo dan tangki mestilah berasingan dan boleh
dilihat melalui tingkap penghadang api
C. Tidak kaedah kenderaan motor yang berkaitan
52.Mengikut Sekyen 70 APJ 1987 , pihak manakah yang dipertanggungjawab bagi melarang atau menyekat penggunaan sesuatu jalanraya samada menghadkan penggunaan jalan-jalan kepada kelas-kelas kenderaan tertentu atau waktu-waktu tertentu?
A. Pengarah JPJ
B. Ketua Pengarah JPJ
C. Menteri
53. Mengikut seksyen 70(2)(b),memperuntukan:-
A. Sekatan had berat muatan
B. Sekatan penggunaan kenderaan atas jabatan
C. Tiada berkaitan
Jawapan : 49(B) 50(A) 51(B) 52(C) 53(A)
54.Mengikut Seksyen 70(1) APJ 1987 , menteri boleh mengadakan sekatan jalan untuk mengatasi kerosakan jalan serta keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
A. Benar
B. Tidak benar
C. Tiada berkaitan
55.Peruntukan Kaedah 92(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan penggunaan) 1959 menjelaskan barangan yang di bawah:
i. Dipastikan kemas,berat yang seimbang dan kedudukan yang sesuai
ii. Tidak akan mengakibatkan bahaya kepada mana-mana orang di atas jalanraya disebabkan muatan yang dibawa
iii. Kemas dan padat dalam kenderaan
A. i,ii dan iii B. i dan ii C. i saja
56.Apakah tindakan yang bijak dilakukan apabila anda membawa muatan seperti batu dan pasir bergerak di atas jalan raya ?
A. Menutupkan muatan dengan 'tarpolin'/kanvas
B. Memutupkan muatan dengan jaring
C. Mengenakan papan tambahan pada bahagian sisi dan belakang lori
57.Jika anda membawa muatan yang mengeluarkan air seperti ikan / getah basah , anda haruslah:
A. Menutupkan muatan anda dengan 'tarpolin' / kanvas
B. Menyediakan tangki takungan air
C. Tidak menutupi muatan anda
58.Berapakah ukuran kain merah yang perli diletakkan di hujung muatan yang dibawa apabila melebihi enam kaki dari belakang lori (tail board)
A. 12 inci x 12 inci
B. 16 inci x 16 inci
C. 20 inci x 20 inci
59.Apakah yang dimaksudkan dengan kenderaan 'pilot car'?
A. Kenderaan yang dipandu oleh pilot
B. Kenderaan yang digunakan untuk mengiringi kenderaan berat 'low-loader'
C. Kenderaan untuk menarik kenderaan berat
60.Mengikut Seksyen 56(4) APJ 1987 , lesen vokasional boleh digantung atau dibatalkan oleh Ketua Pengarah.Betul atau tidak?
A. Tidak,sebab ini merupakan kuasa menteri
B. Benar
C. Tidak berkaitan
61.Pemegang lesen vokasional yang telah digantung / dibatalkan lesen oleh pengarah boleh membuat rayuan kepada ketua pengarah mengikut peruntukan seksyen 56(4) APJ 1987
A. Benar
B. Tidak benar
C. Tidak berkaitan
62.Lesen vokasional boleh bila-bila masa digantung / dibatalkan oleh pengarah disebabkan oleh kelakuan jasmani / ketidakupayaan pemandu mengikut seksyen 56(5) APJ 1987
A. Benar
B. Tidak benar
C. Tidak berkaitan
63.Pilihan kombinasi kenyataan yang tepat:
i. BTM - berat kenderaan tanpa muatan
ii. BDM - berat kenderaan dengan muatan
iii. BGK - berat gabungan keseluruhan
iv. BG - berat kenderaan yang terpindah ke atas jalan melalui gandar
A. i dan ii saja B. i,ii dan iii saja C.semua di atas
64.Pilihkan kenyataan yang tepat
i. 80/90 km/j - kenderaan bukan trailer BDM < 7500 kg
ii. 70/80 km/j - kenderaan bukan trailer BDM > 7500 kg
iii. 60/70 km/j - motosikal tiga roda
iv. 50/60 km/j - traktor
A. i dan ii saja B. i,ii dan iii saja C. semua di atas
Jawapan : 60(C) 61(C) 62(C) 63(C) 64(B)
花了4个小时打字开这个帖子是为了上班时可以用手机来温习
不用拿着本书那么麻烦 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 29-11-2019 04:26 PM
来自手机
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 29-11-2019 04:40 PM
来自手机
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 29-11-2019 05:29 PM
|
显示全部楼层
会肥佬吗  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 29-11-2019 06:24 PM
|
显示全部楼层
都是喝茶的啦~ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 29-11-2019 07:55 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 项少龍 于 29-11-2019 11:57 PM 编辑
D. Pemanduan Berhemat
65.Berapakah jarak yang diperlukan untuk mengekori kenderaan di hadapan dengan selamat?
A. 2 saat B. 3 saat C. 12 saat
66.Apakah peralatan yang digunakan untuk melihat arah tiupan angin?
A. Perangkap angin
B. Sangkar angin
C. Kunci angin
67.Berapakah had laju lebuhraya?
A. 90 km/j B. 110 km/j C. 120 km/j
68.Berikut merupakan langkah-langkah yang patut diambil ketika jalan berdebu kecuali :
A. Jangan memotong dan mengekori kenderaan di jalan berdebu
B. Berhenti dan menunggu sehingga jalan hadapan dapat dilihat
C. Menggunakan pengilap cermin dan mengekori dengan berhati-hati
69.Apakah factor yang menghalang untuk memandu di subuh pagi?
A. Kabus,penglihatan kurang jelas
B. Suasana yang tenang
C. Waktu tersebut merupakan waktu rehat / waktu tidur
70.Faktor utama yang akan mengurangkan kadar kemalangan:
A. Tidak cuai
B. Sikap positif
C. Kemahiran
71.Berikut merupakan tindakan yang patut diambil semasa memandu dalam hujan lebat kecuali :
A. Memasangkan pengilap cermin
B. Pasangkan lampu kecil / besar
C. Sering menekan atau mencekam brek
72.Apakah faktor yang terpenting dalam konsep pemanduan berhemat ?
A. Keadaan jalan
B. Sikap positif
C. Kemahiran
73.Tiga elemen yang penting dalam konsep pemanduan berhemat merupakan:
A. Keadaan,kedudukan dan peraturan
B. Persepsi,bertindak dan membrek
C. Pengetahuan,kemahiran dan sikap positif
74.Kenapa pemandu kenderaan tidak sabar dan suka potong ''Q'' ketika jalan sesak?
A. Jadual perjalanan terancang tetapi terperangkap dalam kesesakan lalulintas
B. Tidak ada sifat sabar dan timbangrasa
C. Terlewat dalam perjalanan
75.Jika memandu di persimpangan yang ada lampu isyarat serta dikawal oleh polis trafik , apakah tindakan yang wajar kita lalukan?
A. Mengikut arahan lampu isyarat
B. Mengikut arahan polis trafik
C. Mengikut arahan polis trafik jika perlu
76.Seorang pemandu lori merasa letih dan mengantuk , apakah tindakan yang patut dilakukan?
A. Berhenti di tempat rehat yang disediakan
B. Berhenti di tepi jalan
C. Berhenti di tepi jalan yang mempunyai ruang yang luas atau tempat rehat yang disediakan
77.Apakah yang anda harus lakukan sekiranya anda memandu jauh di perjalanan dan merasa mengantuk sedangkan perjalanan masih jauh lagi?
A. Pandu dengan lebih laju lagi
B. Buka radio dengan kuat
C. Berhenti dan tidur jika perlu
78.Seorang pemandu yang membawa petroleum dan gas mengalami perlanggaran dengan pemandu kenderaan kecil , apakah tindakan yang harus dilakukan sekiranya pemandu kenderaan kecil tersebut sedar dan selamat?
A. Membantu pemandu kenderaan kecil
B. Meminta bantuan bomba atau polis
C. Matikan enjin , memutuskan litar bateri dan melihat keadaan perlanggaran dan membantu sekiranya diperlukan
Jawapan : 73(C) 74(B) 75(B) 76(C) 77(C) 78(C)
79.Kerajaan telah membuat jalan yang baik dan lurus , tetapi masih terdapat banyak kemalangan berlaku di jalan-jalan ini.Apakah sebabnya.
A. Pemandu memandu dengan terlalu laju
B. Undang-undang jalan raya kurang berkesan
C. Pemandu kurang kemahiran
80.Apakah punca pemandu lori sering melanggar undang-undang jalanraya dan melibatkan diri dalam kemalangan jalanraya?
A. Kerana merasa kemalangan jalanraya tidak akan menimpa dirinya
B. Terlalu mengejar keuntungan
C. Selalu memetingkan diri sendiri
81.Apakah tujuan utama mengadakan stesen timbang?
A. Untuk memastikan pengguna jalanraya selamat dan jalan tidak rosak
B. Supaya kerajaan memunggut hasil daripada tindakan saman
C. Supaya syarikat tidak mengambil keuntungan yang lebih
82.Permohonan lesen vokasional perlu menyertakan laporan perubatan.Ini adalah untuk memastikan:
A. Semua pemandu adalah betul-betul sihat dan tidak berpenyakit
B. Menjaga pemandu daripada penyakit
C. Pemandu yang berkelayakan saja . (supaya JPJ boleh mengumpulkan maklumat daripada laporan doktor)
83.Seseorang pemandu yang berhemat mestilah menumpukan perhatian kepada pemanduannya termasuklah:
A. Memperhatikan perjalanan pemandu yang lain
B. Mematuhi peraturan undang-undang jalanraya
C. Menyiapkan dirinya untuk pemanduan
84.Anda sebagai seorang pemandu yang berhemat ingin memasuki bandar melalui jalan yang sibuk pada waktu pejabat.Apakah tindakan yang patut anda lakukan?
A. Memandu dengan laju dan bunyikan hon
B. Meneruskan perjalanan anda dengan sikap yang berhati-hati
C. Merancang perjalanan dan memilih jalan yang lain untuk elakkan kesesakan lalulintas
85.Jika berlaku kebakaran akibat litar pintas , berikut merupakan tindakan yang wajar dilakukan kecuali:
A. Berhenti dengan segera di tempat yang selamat
B. Mematikan suis palam pencucuh dan gunakan pemadam api
C. Keluar dari kenderaan dan menyelamatkan barang-barang dalam kenderaan
86.Berikut merupakan tindakan-tindakan pemandu kenderaan berat yang tidak perlu dicontohi kecuali:
A. Merokok dan memakai selipar ketika memandu
B. Mengikut had laju yang ditetapkan
C. Bergurau dengan kelindan semasa memandu
87.Bagaimanakah cara yang terbaik untuk memperlahankan kenderaan semasa memandu menuruni bukit ?
A. Gunakan brek kaki
B. Tukar kepada gear rendah (low gear)
C. Tukar kepada gear tinggi (high gear)
88.Apakah kesan alkohol terhadap pemanduan?
A. Mempercepatkan tindakan badan
B. Menambahkan penglihatan
C. Melemahkan kesihatan dan melambatkan tindakan
89.Dalam keadaan bagaimanakah seseorang pemandu akan merasa letih.
A. Apabila perut terlalu kenyang
B. Apabila perut terlalu lapar
C. Apabila selepas masa tidur yang terlalu panjang
90.Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan pemandu keletihan ketika memandu kecuali:
A. Makan terlalu kenyang
B. Memandu ketika lapar
C. Tidur yang berlebihan sebelum memandu
91.Apakah fungsi cermin pandang belakang?
A. Memandang penumpang turun dan naik kenderaan
B. Melihat penumpang yang membuat kelakuan yang tidak sopan
C. Untuk memandang kenderaan di belakang
92.Semasa anda memandu kenderaan pada waktu malam,pancaran cahaya menyinar mata anda.Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
A. Memakai cermin gelap
B. Memakai cermin mata gelap
C. Melihat pada bahagian kiri bahu jalan
Jawapan : 85(C) 86(B) 87(B) 88(C) 89(A) 90(C) 91(C) 92(C)
93.Anda perlu sentiasa berwaspada ketika memandu:
A. Memikirkan perkara yang tidak mempunyai kaitan
B. Berhati-hati terhadap perkara yang boleh menyebabkan kemalangan dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa memandu
C. Mengambil kira keadaan sekitaran sekiranya perlu
94.Seorang pemandu lori bersendi mengalami kerosakan lori di jalan , apakah tindakan yang patut dilakukan?
A. Letakkan tanda segitiga amaran di belakang lori dan duduk diam di dalam kenderaan sehingga bantuan tiba
B. Pasangkan lampu kecemasan dan tanda segitiga amaran 45m di belakang kenderaan dan menunggu bantuan yang datang
C. Tolakan kenderaan ke tepi, pasangkan lampu kecemasan dan tanda segitiga amaran 45m di belakang kenderaan dan menunggu bantuan yang datang
95.Keadaan kenderaan boleh menyebabkan kemalangan berlaku dan kaedah yang terbaik untuk mengelakkannya adalah:
A. Pastikan lampu kenderaan dalam keadaan yang baik
B. Pastikan system audio yang baik
C. Pastikan keadaan kenderaan dan semua komponen berfungsi dengan baik sebelum pemanduan
96.Berikut merupakan tindakan-tindakan yang anda tidak patut lakukan ketika kenderaan anda dipotong kecuali:
A. Menambahkan kelajuan kenderaan lagi
B. Menghimpitkan kenderaan anda ke arah kiri jalan
C. Menghimpitkan kenderaan anda ke arah kanan jalan
97.Apabila memandu melalui kawasan perumahan,kita perlu menjangka kecuali:
A. Kanak-kanak bermain di padang permainan
B. Pejalan kaki selalunya melintas jalan di tempat yang dikhaskan
C. Pejalan kaki dan penunggang motosikal selalunya tidak memberikan perhatian terhadap lalulintas
98.Berapa jauhkah penglihatan manusia pada waktu malam
A. 100 m B. 150 m C. 200 m
99.Apakah jarak sebenar penglihatan manusia pada waktu malam walaupun menggunakan lampu tinggi?
A. 100 m B. 150 m C. 200 m
Jawapan : 93(B) 94(C) 95(C) 96(B) 97(B) 98(A) 99(A)
100.Pemandu dinasihatkan supaya melakukan tindakan-tindakan berikut ketika dalam keadaan hujan yang lebat kecuali:
A. Memasang pengilap cermin
B. Memasang lampu kecil atau lampu besar di hadapan
C. Sentiasa menggunakan pedal cekam dan brek
101.Ketika memandu di jalanraya yang mempunyai dua lorong sebuah kenderaan dari belakang hendak memotong kenderaan anda.Apakah tindakan yang wajar anda lakukan?
A. Himpitkan kenderaan ke tepi dan berhenti
B. Pelahankan kenderaan,berikan isyarat dan himpitkan kenderaan ke arah kiri supaya kenderaan di belakang boleh memotong kenderaan anda dengan selamat
C. Lajukan kenderaan supaya kenderaan anda tidak dipotong
102.Sebagai seorang pemandu berhemat,apakah penting untuk diri anda menjangka serta mengenalpastikan bahaya atau halangan semasa memandu kerana:
A. Membolehkan anda mengawal pergerakan kenderaan lain
B. Anda boleh berseida lebih awal untuk mengelakan kemalangan dengan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya
C. Pmemandu-pemandu lain akan menyedari kesulitan anda
103.Semasa memandu menuruni bukit , tiba-tiba brek kaki kenderaan anda didapati tidak berfungsi.Apakah langkah-langkah yang harus anda lakukan?
A. Tukar kepada gear rendah dan kawal stereng
B. Awasi halangan di hadapan dan cuba menggunakan brek tangan
C. Lihat cermin pandang belakang tukarkan kepada gear rendah,kawal stereng dan awasi halangan di hadapan, cuba gunakan brek tangan secara perlahan dan cari tebing atau objek di tepi supaya kenderaan dapat dihentikan
104.Kenderaan yang membawa muatan atau penumpang yang melebihi had selalunya menyebabkan
A. Kenderaan boleh dipandukan dengan lebih laju kerana berat dan stabil
B. Kenderaan lebih selesa dipandukan
C. Kenderaan sukar dikawal ketika keadaan kecemasan
105.Pemanduan berhemat merupakan pendekatan terhadap pemanduan di mana:
A. Pemandu-pemandu perlu mengawal perjalanan pemandu-pemandu lain
B. Setiap pemandu mengawal keselamatan dirinya sendiri walaupun kesilapan dilakukan oleh pemandu atau faktor lain
C. Keselamatan di jalanraya menjadi tanggungjawab pemandu-pemandu yang berhemat saja
Jawapan : 100(C) 101(B) 102(B) 103(C) 104(C) 105(B)
106.Apabila memandu menghampiri puncak bukit,apakah yang harus dijangkakan di sebalik puncak bukit tersebut?
A. Kenderaan yang rosak tidak ditinggalkan di atas jalan raya
B. Kenderaan dari arah hadapan mungkin memandu memasuki lorong anda ketika memotong
C. Kenderaan yang dipandu perlahan tidak mungkin berada di lorong anda
107.Penggunaan radio yang terlalu kuat dan telefon bimbit semasa memandu boleh menyebabkan:
A. Pemandu dapat memandu dengan tenang dan tidak menganggapkan perjalanan jauh satu beban
B. Pemandu tidak mudah merasakan letih
C. Pemandu tidak dapat dengar isyarat-isyarat yang penting
108.Kerajaan giat memperkenalkan konsep 'pemanduan berhemat' di kalangan semua pemandu negara ini.Apakah tujuan utama konsep pemanduan berhemat diamalkan?
A. Mempercepatkan perjalanan anda
B. Menyelamatkan diri anda dan pengguna-pengguna jalanraya yang lain daripda kemalangan
C. Menghalang perjalanan anda
109.Sebagai pemilik kenderaan,anda perlu pastikan bahawa minyak pelincir enjin sentiasa berada di paras yang mencukupi supaya:
A. Minyak enjin tidak kering
B. Enjin tidak panas dan merosakkan perkakas yang lain
C. Petrol dapat dijimatkan
110.Selepas melalui jalan yang berair,untuk menguji brek kenderaan anda daripda tidak boleh berfungsi,anda haruslah:
A. Berhenti di tepi jalan dan keringkan tayar anda
B. Cuba menekan pedal brek beberapa kali untuk memastikan ia berada dalam keadaan yang baik
C. Jangan gunakan brek selepas melalui jalan berair
111.Semasa memandu di waktu malam,sekiranya kenderaan dari hadapan anda menggunakan lampu tinggi,anda haruslah:
A. Meninggi-rendahkan lampu kenderaan anda sebagai isyarat supaya kenderaan tersebut merendahkan lampu tingginya
B. Tinggikan lampu kenderaan anda supaya pemandu kenderaan di hadapan tidak dapat melihat
C. Bunyikan hon dengan kuat
112.Sebelum memotong kenderaan lain,anda harus pastikan:
A. Anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk memasuki semula lorong anda selepas memotong
B. Tekan minyak dan terus himpit kenderaan di hadapan
C. Potong seberapa banyak kenderaan yang boleh
113.Memotong kenderaan yang lain adalah satu perbuatan yang:
A. Amat digalakkan
B. Menyeronokkan apabila dilakukan dengan laju
C. Hanya dilakukan apabila perlu dan dengan cara yang selamat
114.Keletihan dan mengantuk semasa memandu boleh membunuh.Tindakan untuk mengatasinya ialah:
A. Teruskan memandu dengan pelahan
B. Berhentikan kenderaan di tempat yang selamat,rehat dan tidur jika perlu
C. Memandu sambil makan untuk mengelakkan daripada mengantuk
115.Untuk menjamin bateri kenderaan berada dalam keadaan yang baik,anda mestilah:
A. Gunakan air paip untuk mengisikan air bateri
B. Isikan air bateri sehingga penuh
C. Tentukan paras air bateri adalah mencukupi dan diperiksa dari masa ke semasa
116.Kegunaan tanda amaran segitiga adalah:
A. Untuk diletakkan di belakang kenderaan dalam jarak 45m sebagai tanda berjaga-jaga semasa kecemasan atau kenderaan rosak
B. Untuk memberi amaran kepada kenderaan lain di waktu malam
C. Sebagai gantian 'jack' kenderaan
117.Sebelum memandu pada waktu malam,pastikan:
A. Lampu belakang menyala
B. Semua alat dalam keadaan yang baik
C. Kedua-dua lampu besar hadapan dan belakang berfungsi dengan baik
118.Bilakah anda dibenarkan memotong di sebelah kiri?
A. Apabila kenderaan hadapan bergerak dengan terlalu perlahan
B. Apabila kenderaan hadapan ingin membelok ke kanan
C. Apabila susah untuk memotong sebelah kanan sebab kesesakan lalulintas
119.Apakah yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih kelajuan kenderaan anda?
A. Keadaan jalan , lalulintas , cahaya , cuaca , kenderaan dan keupayaan pemandu
B. Masa perjalanan yang perlu disegerakan kerana urusan yang penting
C. Cabaran pemandu yang lain yang memandu sengan laju dan bergaya
120.Apabila memandu menghampiri sekolah tajam yang terlindung , apakah yang perlu dijangkakan?
A. Kenderaan di hadapan memandu di lorong yang betul
B. Keadaan jalan yang bersih dan tiada halangan
C. Jalan berlubang , berpasir atau batu , minyak tumpah , pokok tumbang atau binatang liar yang mungkin melintas
121.Berapakah jarak minima untuk dilarang meletakkan kenderaan di simpang?
A. 3 m B. 6 m C. 9 m
122.Berapakah jarak minima untuk dilarang meletakkan kenderaan dari pili bomba?
A. 6 m B. 3 m C. 9 m
123.Kesemua berikut merupakan factor manusia ketika memandu pada waktu malam kecuali
A. Penglihatan tidak jauh
B. Stress
C. Jalan licin
124.Keadaan berikut memerlukan anda merendahkan penggunaan lampu tinggi kecuali:
A. Apabila berhadapan dengan kenderaan dari hadapan pada jarak 150 m atau kurang
B. Apabila mengekori kenderaan dari belakang pada jarak 50m atau kurang
C. Apabila kenderaan di hadapan meninggi-rendahkan lampu tingginya
125.Manakah yang berikut merupakan definasi 'waktu malam'?
A. Masa di antara terbenam dan terbitnya matahari
B. Bila nampak bulan dan bintang
C. Bila kita mempunyai jarak penglihatan yang pendek
126.Apakah tiga faktor yang terlibat dalam pemanduan pada waktu malam?
i. Cuaca ii. Jalan iii. Manusia iv. Kenderaan
A. i,ii dan iii saja
B. i,ii dan iv saja
C. kesemua yang di atas
127.Apakah yang dimaksudkan dengan 'komunikasi'?
A. Proses atau saluran yang disediakan untuk menghantar maklumat
B. Proses pembahagian maklumat , iaitu dari sipemberi kepada sipenerima
C. Proses penghantaran , penerimaan dan pemahaman maklumat dari sipemberi kepada sipenerima
128.Apakah tujuan komunikasi?
A. Maklumat,emosi,motivasi dan kawalan
B. Emosi,motivasi,prasangka dan konflik
C. Emosi,motivasi,prasangka,tanggapan dan konflik
129.Komunikasi adalah:
A. Lihat , dengar , faham dan bertindak
B. Dengar , faham , terima , dan bertindak
C. Faham , dengar , terima dan bertindak
130.Gangguan komunikasi adalah seperti berikut kecuali:
A. Penyampaian yang tidak lancar
B. Perasaan yang sensitive
C. Gaya bahasa yang lembut
131.Yang manakah berikut merupakan ciri-ciri pembentukan imej?
A. Organisasi , personal dan profession
B. Profession , personal dan organisasi
C. Personal , profession dan organisasi
132.Orang ramai selalunya membuat penilaian terhadap seseorang melalui:
A. Rupadiri , profession dan organisasi
B. Emosi , rupadiri dan etika
C. Imej , rupadiri dan profession
133.Berikut merupakan stress positif kecuali:
A. Lulus GDL , menang loteri
B. Perkahwinan , bincang perniagaan
C. Kematian , gagal GDL
134.Berikut merupakan cara-cara mengawal stress kecuali:
A. Berehat dan kongsi masalah
B. Berjogging
C. Memandu dengan laju
135.Kenapa Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman damai?
A. Ini disebabkan system perundangan Malaysia yang kukuh besi
B. Ini disebabkan oleh sifat tolenransi antara kaum
C. Fikiran rakyat Malaysia yang matang
136.Pilihan kenyataan yang tepat.Pihak JPJ berhak lucutkan lesen pada seseorang pemandu apabila JPJ mengesan dia mepunyai penyakit yang kritikal.
A. Apabila pemegang lesen memberitahu pihak JPJ
B. Tidak benar kerana pemandu berikut tidak pernah terlibat dalam kemalangan maut
C. Pihak JPJ berjaya mengesan yang pemegang lesen mempunyai masalah yang kritikal
137.Penggunaan isyarat dengan betul adalah mustahak kerana
A. Ia memberitahu pemandu-pemandu lain apa yang anda akan lakukan dan membolehkannya mengambil tindakan awal dengan cermat dan selamat
B. Anda akan mengelirukan pemandu-pemandu lain
C. Pemandu-pemandu lain tidak perlu mempercayai isyarat anda
Jawapan : 131(C) 132(A) 133(C) 134(C) 135(B) 136(C) 137(A)
138.Memandu dengan tergesa-gesa seringkali mendatangkan bahaya di tempat-tempat berikut
A. Di jalan luas dan lurus
B. Di kawasan lapang yang tidak terlindung dari apa-apa halangan
C. Di lintasan keretapi , lintasan pejalan kaki , selekoh , kawasan sibuk dan dalam keadaan kesesakan lalulintas
139.Di antara berikut maksud ' merancang perjalanan ' ialah
A. Menggunakan kenderaan lain
B. Menyediakan waktu rehat yang cukup untuk sampai ke sesuatu tempat supaya tidak perlu memandu laju dan tergese-gesa
C. Menggunakan jalan dekat walaupun lalulintas di jalan tersebut sibuk
140.Keadaan kenderaan boleh menyebabkan kemalangan.Untuk mengelakkan kemalangan anda perlu
A. Kurang kelajuan
B. Pastikan lampu kenderaan dalam keadaan baik
C. Pastikan keadaan kenderaan anda selamat digunakan di jalan raya dan semua alat-alat seperti lampu isyarat berfungsi dengan baik
141.Yang manakah di bawah berikut merupakan stress positif:-
A. Kematian , putus cinta
B. Perkahwinan
C. Gagal GDL
142.Apakah yang harus anda lakukan ketika memandu menghampiri kawasan lintasan pejalan kaki?
A. Jangan memotong atau meletak kenderaan di kawasan tersebut.Pandu perlahan dan berhenti jika ada orang melintas
B. Bunyikan hon supaya orang ke tepi
C. Memandu seperti biasa dan teruskan perjalanan
143.Anda perlu mengubahsuai cermin pandang belakang
A. Sebelum memasuki kenderaan
B. Semasa hendak keluar
C. Selepas mengubahsuai tempat duduk dan memasang tali pinggang keledar
Jawapan : 138(C) 139(B) 140(C) 141(B) 142(A) 143(C)
144.Bagaimanakah cara untuk mendapatkan keseimbangan pada kenderaan semasa mengisi barang-barang?
A. Meletakkan barang-barang di tengah-tengah badan kenderaan
B. Meletakkan barang-barang lebih ke bahagian hadapan kenderaan
C. Meletakkan barang-barang lebih ke bahagian belakang kenderaan
145.Apakah yang dimaksudkan dengan 'Lesen Memandu Yang Sah'
A. Lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ dan masih belum tamat tempohnya
B. Lesen memandu yang boleh digunakan mengikut jenis dan kelas lesen tersebut
C. Kedua-dua jawapan di atas adalah betul
146.Apabila anda menghampiri jalan yang mempunyai dua selekoh,biasanya isyarat lalulintas dipasang untuk memperingatkan anda supaya
A. Menambahkan kelajuan jika difikirkan selamat
B. Kurang kelajuan jika perlu
C. Memandu dengan berhati-hati bagi mengelakkan perlanggaran dengan kenderaan yang datang dari hadapan
147.Ketika sedang memandu,anda terdengar bunyi siren,Nyatakan tindakan yang patut diambil.
A. Kurangkan kelajuan dan berikan isyarat supaya memotong
B. Beri isyarat,perlahankan kenderaan,himpit ke tepi jalan dan berhenti
C. Berhenti degan segera berikan laluan
148.Anda sedang memandu di kawasan perumahan untuk mencari rumah kawan anda.Nyatakan perkara yang harus anda awasi
A. Pandu perlahan serta perhatikan kanak-kanak yang bermain
B. Pandu perlahan dan beri perhatikan kepada kanak-kanak yang bermain di tepi jalan
C. Pandu perlahan dan perhatikan nombor rumah sahabat anda
149.Jika anda memandu kenderaan berat di lebuhraya.Nyatakan sikap pemandu yang baik yang patut anda amalkan.
A. Pandu sebelah kiri mengikut had laju yang ditetapkan dan berikan isyarat serta laluan bagi memudahkan kenderaan lain memotong
B. Memandu di sebelah kanan jalan dan tidak perlu menggunakan isyarat
C. Pandu di tengah jalan dan jangan beri peluang kepada kenderaan lain memotong
150.Nyatakan salah satu sikap pemandu yang baik
A. Sentiasa bersopan santun ketika memandu dan mematuhi undang-undang jalan raya
B. Pemandu yang hanya beri keutamaan kepada kereta-kereta mewah
C. Pemandu yang suka berlumba-lumbah di jalan raya
Jawapan : 144(A) 145(C) 146(C) 147(B) 148(B) 149(A) 150(A)
早上10:00点 打到 晚上 19:54 佩服我自己的耐心
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 29-11-2019 07:56 PM
|
显示全部楼层
我很瘦 没肥过 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 29-11-2019 07:59 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 29-11-2019 08:01 PM
|
显示全部楼层
密集恐惧症 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 29-11-2019 08:43 PM
来自手机
|
显示全部楼层
项少龍 发表于 29-11-2019 08:01 PM
密集恐惧症
拉下拉不到底 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|