佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 1108|回复: 0

马来西亚高教部提供津贴给继续深造的OKU大学生。

[复制链接]
发表于 20-3-2015 02:31 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
本帖最后由 中秋端午 于 20-3-2015 02:34 PM 编辑

Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)                  
SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
      


    Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU.   Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang   turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang   pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut   dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak   menerima elaun ini.
    Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar   kecacatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat   faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima   biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecacatannya,   elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
    Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
              
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS
                 


    Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak   dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) iaitu semua   IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;
    Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary)   iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus   peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di   bawah tanggungjawab KPM boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini;
    Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf   IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan   institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop   pembiayaan.
TEMPOH PEMBIAYAAN
         


    Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut :
    (i)        Sijil                                                    -           2  Tahun
    (ii)       Diploma                                          -           3  Tahun
    (iii)      Sarjana Muda                               -           4  Tahun
    (iv)      Diploma Lepasan Ijazah           -           2  Tahun
    (v)       Sarjana                                            -           2  Tahun
    (v)       Ph.D                                                  -           4  Tahun
      
SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
         


    i. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
    ii. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak   layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU   yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak   menerima elemen wang saku sahaja;
    iii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan
    iv. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    https://biasiswa.moe.gov.my/bk_oku/index.php


回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 28-11-2024 11:13 AM , Processed in 0.143663 second(s), 29 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表