Kepulauan Melayu adalah kepulauan terbesar dan mempunyai paling banyak gunung berapi di dunia. Ia meliputi seluruh Indonesia, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Malaysia Timur. Kepulauan ini meliputi 2 juta km persegi dengan populasi seramai 300 juta. Pulau terbesar ialah Borneo dan Sumatra manakala pulau terpadat ialah Jawa. Puncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia.