| PROSEDURPERMOHONAN PENGECUALIAN YURAN PENGAJIAN
 BAGI PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRA)
 UKM
 
 
 
 I.         LATAR BELAKANG
 
 1.        Pengurusan Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan UKM Bil 3/2007 pada 26 September 2007 telah meluluskan pemberian pengecualian yuran pengajian kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah yang dilantik sebagai Pembantu Penyelidik Berijazah (GRA).
 
 
 II.        SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
 
 1.        Pengecualian yuran pengajian hanya boleh dipohon oleh Ketua Penyelidik/Projek kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah yang dilantik sebagai Pembantu Penyelidik Berijazah (GRA) sahaja.
 
 2.        Pengecualian yuran pengajian hanya boleh dipertimbangkan oleh Fakulti/Institut dan bukannya oleh Ketua Penyelidik/Projek.
 
 3.        Pengecualian yuran pengajian tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan keperluan semasa sumber manusia peringkat kebangsaan.
 
 4.        Bayaran yuran pengajian akan dipotong daripada peruntukan projek oleh Jabatan Bendahari.
 
 5.        Pemberian kemudahan pengecualian yuran pengajian berkuatkuasa mulai Semester I Sesi 2007/2008.
 
 
 III.        PROSEDUR PERMOHONAN
 
 1.        Permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Penyelidik/Projek kepada Dekan/Pengarah dengan menggunakan Borang PPPI/GRA/PY 1 yang boleh didapati melalui laman web PPPI.
 
 2.        Satu borang permohonan boleh menyenaraikan lebih daripada seorang calon GRA yang diperakukan oleh Ketua Penyelidik/Projek untuk dipertimbangkan diberi pengecualian yuran pengajian.
 
 3.        Borang permohonan yang telah diluluskan oleh Dekan/Pengarah perlu dikemukakan oleh pihak Fakulti/Institut/Pusat kepada Bahagian Kewangan Penyelidikan, Jabatan Bendahari bagi tujuan pemotongan yuran pengajian oleh pihak Bendahari, dengan dibuat salinan kepada Pusat pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.
 
 http://research.ukm.my/
 
 [ 本帖最后由 aksin 于 20-3-2008 02:55 PM 编辑 ]
 |