查看: 2379|回复: 2
|
用军舰运抗英"勇士"尸骨回国
[复制链接]
|
|
Pahlawan Melayu dibawa pulang
TAIPING: Jasad dua pahlawan Melayu yang disemadikan di dua tanah perkuburan berasingan di Singapura, sejak lebih seabad lalu, dibawa pulang ke tanah air bagi memastikan jasa dan pengorbanan mereka tidak terus dilupakan.
Jasad Orang Besar Jajahan (OBJ) Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan bapa mentuanya, Laksamana Mohamad Amin Alang, dijangka dibawa pulang dengan penuh adat istiadat ketenteraan, Khamis ini, menaiki kapal KD Laksamana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Hasrat memindahkan jasad itu sejak Ogos 2004 lalu, kini direalisasikan Jabatan Warisan Negara serta Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama Kerajaan Perak selepas mendapati jasa dan pengorbanan kedua-dua pahlawan itu semakin dilupakan.
Kedua-dua jasad dijangka tiba di Pangkalan TLDM Lumut, Sabtu ini disambut dengan penuh adat istiadat kepahlawanan oleh pegawai dari ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Difahamkan, jasad Ngah Ibrahim akan ditempatkan di Kompleks Muzium Matang, manakala jasad mentuanya di Makam Diraja Perak, Kuala Kangsar, bersebelahan makam seorang lagi pembesar yang pernah dibuang negeri bersama mereka, Almarhum Sultan Abdullah.
Walaupun jasad Mohamad Amin berjaya dikesan sekitar 1980-an oleh warisnya yang menetap di Singapura, usaha mengenal pasti jasad Ngah Ibrahim menghadapi kesukaran.
Usaha awal OBJ Larut, Matang dan Selama, Datuk Wan Ahmad Wan Rashid, sekitar awal 1990-an yang menemui kegagalan bagaimanapun diteruskan anaknya, Datuk Dr Wan Mohd Isa, berpandukan tesis seorang pelajar Universiti Malaya (UM) pada 1952.
Tesis bertajuk Ngah Ibrahim in Larut hasil tulisan Wee Choon Siang itu mencatatkan Ngah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di Singapura dan disemadikan di Makam Al-Junid.
Pada Ogos 2004, Dr Wan Mohd Isa memulakan pencariannya bersama tiga lagi rakan ke Singapura sebelum menemui makam berkenaan dan berusaha membawa pulang jasad berkenaan dengan bantuan Kerajaan Perak.
Ngah Ibrahim adalah pembesar Melayu terkaya abad ke-13 hasil perlombongan bijih timah di Larut dan dibuang negeri bersama Almarhum Sultan Abdullah, Mohamad Amin dan Datuk Syahbandar selepas terbabit dengan pembunuhan Residen Inggeris di Perak, JWW Brich pada 1875. Bagaimanapun, Sultan Abdullah diampun 16 tahun kemudian dan kembali ke Perak.
INFO: Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin Alang
Ngah Ibrahim adalah pembesar Melayu terkaya pada abad ke-13 hasil perlombongan bijih timah di Larut.
Ngah Ibrahim dibuang negeri bersama Almarhum Sultan Abdullah, Mohamad Amin dan Datuk Syahbandar selepas terbabit dengan pembunuhan pembunuhan Residen Inggeris di Perak, JWW Brich pada 1875.
Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin gagal dalam permohonan mendapatkan pengampunan kerana dianggap mengancam pentadbiran Inggeris di Perak. |
|
|
|
|
|
|
|
楼主 |
发表于 4-9-2006 06:01 AM
|
显示全部楼层
还不一定是正确的。。。。。
Di mana Ngah Ibrahim disemadi? -- Perak, dakwa anak
BATU GAJAH 3 Sept. – Seorang lelaki yang mengaku dirinya anak bongsu kepada Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim mendakwa pahlawan Melayu itu mati dan dikebumikan di Kampung Dendang, dekat Beruas dan bukannya di Singapura seperti yang tercatat dalam sejarah.
Yacob Ngah Ibrahim, 80, yang mendakwa mempunyai salasilah keturunan Ngah Ibrahim hingga kini berkata, dia berusia 10 tahun ketika Ngah Ibrahim meninggal dunia kerana sakit tua pada tahun 1936 di Kampung Dendang.
“Ngah Ibrahim tidak mati di Singapura pada 1895. Dia melarikan diri ke Johor dengan bantuan saudaranya, Panglima Sameon yang membantunya balik bertemu saudara di Kampung Tepus, Tanjung Belanja, Parit sebelum berkahwin dengan mak saya, Pahtamah Alang Palit.
‘‘Mereka kemudiannya berpindah dan mendirikan rumah di Kampung Dendang, Beruas sebelum Ngah Ibrahim meninggal dunia di sana selepas sakit selama seminggu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Batu 8, Batu Gajah di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dua pahlawan yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British pada Perang Perak 1891, Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin akan dibawa pulang dari Singapura dan dikebumikan semula di negeri ini pada 9 September ini.
Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim berhampiran Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin akan disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan, di sini. Jenazah mereka akan dibawa pulang dengan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana.
Katanya lagi, anak Ngah Ibrahim dengan isteri terdahulu, Wan Halimah iaitu Wan Mohd. Isa pernah melawat pusara pahlawan Melayu itu di Kampung Dendang.
Dakwanya, kepulangan semula Ngah Ibrahim ke Perak dari Singapura hanya diketahui oleh saudara mara terdekat bagi mengelak dijejaki Inggeris.
“Sultan Perak yang terdahulu, Sultan Iskandar pernah datang ke Kampung Tepus untuk mengajak Ngah Ibrahim balik ke istana tetapi dia tak mahu,” ujar bapa kepada 10 orang anak itu. |
|
|
|
|
|
|
|
楼主 |
发表于 4-9-2006 06:10 AM
|
显示全部楼层
好看好看真好看!
Di mana Ngah Ibrahim disemadi? -- Singapura, kata piut
IPOH 3 Sept. – Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Datuk Dr. Wan Mohd. Isa Wan Ahmad hari ini menjelaskan bahawa Muzium Negara telah membuat kajian mengenai dakwaan bahawa pahlawan Perak, Ngah Ibrahim dikebumikan di Kampung Dendang dekat Beruas lewat 80-an.
Wan Mohd. Isa, yang juga piut atau generasi ke-5 pahlawan itu memberitahu, kajian yang dijalankan oleh Muzium Negara itu mendapati fakta-fakta mengenai kubur yang didakwa milik Ngah Ibrahim itu tidak tepat.
‘‘Perkara ini telah dibangkitkan semasa ayah saya, Wan Ahmad Rasdi memegang jawatan Orang Kaya Menteri Paduka Jajahan Larut, Matang dan Selama dan kajian dibuat dengan teliti.
“Malangnya, dakwaan bahawa kubur Ngah Ibrahim dikebumikan di Kampung
Dendang, Beruas tidak benar kerana tidak ada fakta lengkap yang menyokong dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang lelaki yang mendakwa merupakan anak bongsu kepada Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim bahawa pahlawan itu dikebumikan di Kampung Dendang dekat Beruas pada tahun 1936 dan bukannya di Singapura seperti yang tercatat dalam sejarah.
Yacob Ngah Ibrahim, 80, mendakwa, beliau mempunyai dokumen salasilah keturunan Ngah Ibrahim dan merekodkan bahawa bapanya itu meninggal dunia kerana sakit tua pada tahun 1936 di Kampung Dendang.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dua jenazah pahlawan Melayu yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British dalam Perang Perak 1891, Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin akan dibawa pulang dari Singapura dan dikebumikan semula di negeri ini pada 9 September ini.
Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim berhampiran Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin akan disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan di sini.
Wan Mohd. Isa menegaskan, fakta-fakta yang tidak selari dengan Ngah Ibrahim ialah mengenai tarikh pahlawan tersebut meninggal dunia iaitu pada tahun 1936 sedangkan beliau dikatakan meninggal dunia akhir tahun 1895.
Mengenai kesanggupan Yacob untuk menjalani ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan dakwaan mempunyai pertalian darah dengan Ngah Ibrahim, Wan Mohd. Isa menegaskan terpulang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakannya.
Bagaimanapun beliau menegaskan, kajian telah dilakukan terhadap semua dakwaan mengenai kubur Ngah Ibrahim dan ia dilakukan oleh bapanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|