Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah)
(untuk orang yang bukan beragama Islam)
Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut. Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu kanak-kanak.