Rasanya antara orang paling frust hari ini ialah Inchek Ibrahim Ali. Dia mengharap sangat UBN akan beri laluan kepadanya bertanding secara solo menentang PAS di kerusi Pasir Mas, tetapi harapan itu tidak menjadi. Dalam senarai calon Pasir Mas bakal diketahui secara rasmi tengah hari ini nama Ibrahim tidak disenaraikan sebagai calon sokongan Umno di Pasir Mas.
Tidak ada calon BN plus di Pasir Mas.
Umno menamakan timbalan ketua Umno bahagian Pasir Mas Che Johan Cek Pa sebagai calon parlimen Pasir Mas. Nama Ibrahim juga tidak ada di mana-mana kerusi Dun. Perkembangan ini menjadikan besar kemungkinan Ibrahim akan bertanding atas tikit bebas privet bersama beberapa pengikutnya yang dilain. Akan menyusul.
MSO
哈!果然不出所料!!
因为纳吉委派祖诺丁在莎亚南上阵,结果导致3间莎亚南的助选中心关闭表示不会为他助选。
一些当地的巫统强人觉得被派来祖诺丁来是一种耻辱。
对手伊党的Khalid Abdul Samad形容巫统领袖拥有很特别的眼光竟然派来了一位这样的对手
Tiga Bilik Gerakan Umno Shah Alam Tutup
Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.
"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.
Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.
"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.
"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.
Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.
Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai Khalid isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dicalonkan di kawasan idamannya, Pasir Mas, mempersoalkan mengapa beliau tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli dipilih menjadi calon BN.
Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli yang menjadi Naib Presidennya dalam Perkasa dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam.
"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," laman Astro Awani memetik beliau berkata.