Kumpulan: Pengurusan dan Profesional | |
| | |
| Kem./Jab.: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia | |
| | |
| Jadual Gaji: | |
| P1T1 RM1702.81 - P1T22 RM3930.60
P2T1 RM1798.82 - P2T22 RM4182.41
P3T1 RM1899.01 - P3T22 RM4451.07 | |
| | |
| Syarat Lantikan: | |
| a) | - Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T3 RM1886.49]; atau - Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T4 RM1978.33]; atau - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T5 RM2070.17]; atau - Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T6 RM2162.01]; atau
| |
| b) | Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(iv) lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. | |
| | | |
| c) | lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa dan | |
| | | |
| d) | lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. | |
| | | |
| Lantikan Bekas Anggota Tentera: | |
| Bekas anggota tentera sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan atau setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berkhidmat dengan baik. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (b) dan (c) di atas. | |
| | |
| Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan: | |
| Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
| |
| Deskripsi Tugas: | |
|
Aspek Operasi
Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Aspek Penguatkuasaan
Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran
Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Aspek Latihan
Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota
Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan
Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara | |
| |