Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 [atas]
Dimaklumkan bahawa pelajar yang ingin menyemak keputusan peperiksaan Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 perlu melakukannya secara online menerusi SMPWeb mulai 4 Jun 2010 - 5 Julai 2010. Pelajar perlu mengemukakan maklumat berikut kepada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA):
1. Borang yang dicetak daripada SMPWeb
2. Resit bayaran (RM 25.00) bagi setiap kursus
Permohonan yang lengkap perlu diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 5 Julai 2010. Permohonan yang tidak lengkap dan dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.