请查明课程结构是否更新。 资料是给予学生对科系的一个模式:
资料来源:
http://www.eco1.upm.edu.my/v4/index.php/program/ijazah/bac_bpp/
BACELOR PENGAJIAN PENGGUNA
Program Bacelor Pengajian Pengguna adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Sains Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan Teknologi, Sosio-psikologi, Komunikasi dan Undang-undang. Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar, pengguna dan pembuat dasar.
Objektif Program
Program ini bertujuan untuk:
i.
Membentuk graduan yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif dalam aspek kepenggunaan.
ii.
Membekalkan graduan dengan kemahiran teknikal dalam bidang Pengajian Pengguna untuk membimbing dan menangani isu-isu pengguna.
iii.
Menyediakan graduan yang berkemahiran dan proaktif dalam menjalankan peranan sebagai penghubung antara pengguna, pengeluar dan pembuat dasar.
Kursus Minor (33 kredit)
Terdapat tiga pilihan minor yang boleh diikuti oleh pelajar Bacelor Pengajian Pengguna iaitu:-
i.
Minor Kewangan Pengguna ii.
Minor Advokasi dan Pendidikan Pengguna iii.
Minor Produk Pengguna
Struktur Kurikulum
1.
Kursus Universiti (21 Kredit yang perlu diambil oleh pelajar)
Nama Kursus | Pertanian dan Manusia | Kenegaraan Malaysia | Tamadun Islam dan Tamadun Asia | Hubungan Etnik | Oral Interaction Skills | General Writing Skills | Pengantar Psikologi | Prinsip Pengurusan |
2.
Kursus Teras (69 Kredit yang perlu diambil oleh pelajar)
Nama Kursus | Pengurusan dan Penyelesaian Masalah | Kaedah Penyelidikan dalam Sains Pengguna | Perlakuan Pengguna | Perlindungan Pengguna | Pengurusan Kewangan Isirumah | Latihan Industri | Penggunaan dan Kualiti Hidup | Etika Pengguna dan Peniaga | Penilaian Barangan dan Perkhidmatan Pengguna | Projek Ilmiah Tahun Akhir | Pengantar Perancangan dan Penggunaan Maklumat Kewangan | Statistik bagi Sains Gunaan | Konsep Biologi/ Fizik Am | Prinsip Pemasaran | Asas Penasihatan dan Kaunseling | Pengenalan kepada Multimedia | Ekonomi Keluarga dan Pengguna | Seminar Sains Pengguna | Pengenalan Sains Pengguna | Pemakanan, Kesihatan dan Persekitaran | Pembangunan Perusahaan Keluarga | Reka bentuk dan Persekitaran |
Nota:
*
Pilih salah satu sahaja
|