|
|
| Bantah e-undi 'politik murahan' siswa |  | Jimadie Shah Othman
Okt 6, 09
12:05pm |  | | kemaskini 1.51pm
"Politikmurahan", demikian reaksi menteri pengajian tinggi terhadap tindakansekumpulan pelajar berkempen di Bagan Pinang bagi membantah e-undi ditiga lagi universiti dalam pilihan raya kampus.
"Dengan hanyatidak bersetuju dengan satu sistem, dengan mengandaikan bahawa berlakupenipuan dan sebagainya, adalah politik murahan," kata Datuk SeriMohamed Khaled Nordin pagi ini.
"Itu publisiti murahan. Apatahlagi hendak dibuat di Bagan Pinang? Apa pendirian pelajar ini dan apamaksud sebenar yang hendak mereka lakukan?"
Beliaudiminta mengulas tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yangturut serta dalam kerancakan suasana pilihan raya kecil itu bagimembantah sistem pengundian berkomputer, atau dikenali juga e-undi,tidak lama lagi.
Semalam Malaysiakini melaporkankumpulan pelajar berkenaan ke kawasan pilihan raya itu sejak haripenamaan calon pada Sabtu lalu bagi membantah e-undi di UniversitiMalaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti UtaraMalaysia (UUM) pada sesi pemilihan terbaru Majlis Perwakilan Pelajar(MPP).
Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan pembukaanDialog Industri Kebangsaan 2009 di Putrajaya, Mohamed Khaled turutmenyamakan tindakan SMM itu dengan sikap parti pembangkang.
"Samasaja macam pembangkang. (Mereka kata) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)tidak adil. Bila dia menang, dapat kerajaan, tidak ada pula diabising," katanya.
Tambahnya, pelajar yang dikenal pasti terbabitdalam pilihan raya kecil itu boleh dikenakan tindakan, sepertitermaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Satubab lagi, kalau kita dapati terdapat pelajar terlibat dalam pilihanraya kecil ini, dan memang di bawah AUKU – sebelum dan selepas dipinda– tidak sewajarnya.
"Kita akan ambil tindakan terhadap merekajika kita dapat tahu. Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yangmelanggar undang daripada dulu lagi," jelasnya.
Mohamed Khalidjuga berkata, bantahan terhadap penggunaan e-undi tersebut tidak selaridengan perkembangan zaman dan teknologi kerana banyak negara lainseperti Amerika Syarikat turut menggunakan sistem sedemikian.
"Saya ingat banyak negara pakai e-undi. Pilihan raya Amerika Syarikat untuk anak mudanya pakai e-undi.
"Kitacakap mengenai zaman teknologi ICT, kemudian satu kumpulan pelajar yangsepatutnya berpendidikan dan selari dengan zamannya tidak percayadengan penggunaan ICT bagi memilih wakil mereka. Saya rasa ini hanyapermainan politik," katanya.
Sementara itu, Mohamed Khalidmenjelaskan, pilihan raya kampus di seluruh negara akan bermula padapertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan, bergantung kepadakeputusan di peringkat universiti masing-masing.
请问卡立部长,politik murahan 是什么意思哩??
校园选举要举行了!!
用电子投票,你们支持吗?
有大家有什么看法??
               |
|