PERHATIAN KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR UKM SESI 2008/2009 KARNIVAL KERJAYA KEBANGSAAN 2008
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi program Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi bermula dari 17 hingga 19 Oktober 2008. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran kerjaya, temuduga terbuka, ceramah kerjaya, bengkel keusahawanan, ujian psikologi, ceramah motivasi dan klinik kerjaya. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 18 Oktober 2008. Program ini juga dijangka akan dikunjungi oleh 100,000 orang yang terdiri daripada graduan semua IPTA, IPTS, orang ramai dan pelajar sekolah bagi mencari maklumat peluang kerjaya.
Justeru, sila serahkan resume anda (save attachment resume dalam Microsoft Words sahaja) kepada resume.ncc2008@gmail.com selewat-lewatnya pada 15 September 2008. Sila save tajuk resume dan email anda dengan memberi nama, fakulti , program (secara ringkas) dan pngk terkini untuk memudahkan pihak kami mengasingkan resume anda mengikut program dan dihantar kepada pihak industri yang terlibat dalam program ini .
Contoh :- Nama : Siti Maisara Binti Ahmad Johari Fakulti : Ekonomi dan Perniagaan Program & pengkhususan : Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Perakaunan) PNGK (CGPA) terkini : 4.00 “Save attachment resume” dan tajuk emel anda dengan format : Siti FEP Perakaunan 4.00
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Wahidah di 03-8921 4604 / Pn. Mazlinda 03-8921 4657 di Pejabat Hubungan Industri, UKM. Sila layari http://www.ukm.my/ncc2008 untuk maklumat lanjut aktiviti program ini.
截止日期是15 September 2008.
要快哦。。。
|